Pada suatu pagi di satu sekolah
> menengah, ada seorang pelajar bertanya
> pada seorang guru yang sedang mengajar.
> Ketika itu, guru tersebut sedang
> menyentuh mengenai kasih dan sayang
> secara am.
> Dialog di antara pelajar dan guru
> tersebut berbunyi begini:
>
> Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
> pilih seseorang yang terbaik sebagai
> orang paling kita sayang?. Macam mana
> juga kasih sayang itu nak berkekalan?
>
> Cikgu : Oh, awak nak tahu
> ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
> apa yang saya suruh. Ikut je
> ye...mungkin kamu akan dapat apa
> jawapannya.
>
> Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus
> buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang
> sekolah yang berada di luar kelas
> sekarang juga. Kamu berjalan di atas
> rumput di situ dan sambil memandang
> rumput di depan kamu, pilih mana yang
> PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
> lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
> rumput yang PALING cantik yang berada di
> depan kamu tersebut dan selepas itu bawa
> balik ke kelas.
>
> Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
> buat apa yang cikgu suruh.
>
> Apabila pelajar tersebut balik semula ke
> kelas, tiada pun rumput yang berada di
> tangannya. Maka cikgu pun bertanya
> kepada pelajar tersebut.
>
> Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
>
> Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas
> rumput dan sambil memandang rumput yang
> berada di situ, saya carilah rumput yang
> paling cantik. Memang ada banyak yang
> cantik tapi cikgu kata petik yang paling
> cantik maka saya pun terus berjalan ke
> depan sambil mencari yang paling cantik
> tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi
> sampai di penghujung padang , saya tak
> jumpa pun yang paling cantik. Mungkin
> ada di antara yang di belakang saya
> sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
> boleh menoleh ke belakang semula, jadi
> tiadalah rumput yang saya boleh petik.
>
> Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya,
> apabila kita telah berjumpa dengan
> seseorang yang kita sayang, janganlah
> kita hendak mencari lagi yang lebih baik
> daripada itu. Kita patut hargai orang
> yang berada di depan kita
> sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh
> ke belakang lagi kerana yang berlaku
> tetap dah berlaku. Dan semoga yang
> berlalu tidak lagi berulang. Jika kita
> berselisih faham dengan orang yang kita
> sayang itu, kita boleh perbetulkan
> keadaan dan cuba teruskan perhubungan
> tersebut walaupun banyak perkara yang
> menggugat perhubungan tersebut. Dan
> ingatlah orang yang kita sayang itulah
> kita jumpa paling cantik dan paling baik
> pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak
> lagi yang cantik dan baik seperti rumput
> tadi. KECUALILAH jika perhubungan
> tersebut tak boleh diselamatkan lagi,
> maka barulah kita mulakan sekali lagi.
>
> Maka sayangilah orang yang berada di
> depan kita dengan tulus dan ikhlas.
n.y.z.a.z.
5 august 2007
3:21pm
No comments:
Post a Comment