Saturday, 5 November 2011

syukurnya aku dilahirkan seorang islam. seorang yang tahu menangis kerana Allah.

Alhamdulillah, aku bersyukur ke atas nikmatMu yang telah Kau kurniakan kepadaku Ya Tuhanku.

Aku bersyukur menjadi antara hamba-hambaMu yang terpilih untuk berjaga malam dan sujud kepadaMu.

Aku bersyukur.

Aku bersyukur Ya Allah.

Aku bersyukur Engkau melapangkan dadaku yang sesak, Engkau ringankan bebanku yang amat, Kau berikan aku kekuatan ketika aku lemah dan ketabahan yang tinggi di saat aku memerlukannya.

Sesungguhnya Engkaulah satu-satunya Tuhan yang Agung lagi Maha Kuasa.

Dan berilah aku petunjuk Ya Tuhan Ya Karim, jikalau dia adalah imam yang terbaik buatku.

Berilah aku petunjuk Ya Tuhanku, aku redha akan segala ketentuanMu.

Amiin amiin Ya rabbal alamiin.


n.y.z.a.z
November 5th, 2011
2.25am

No comments: