Friday, 16 December 2011

terlalu kasih.

Mengapa hatiku ini sering menangis;
Pabila fikiranku teringat akan kamu,
Tidak pernah aku rasa sedalam ini,
Kau hamba Allah yang istimewa bagiku.

Setiap saat berjauhan denganmu,
Hati ini menjerit rindu,
Merintih; dahagakan kasihmu,
Ditemani tangis yang sendu.

Syukurku pada Ilahi tidak putus,
Cinta kita hanya kita yang rasa,
Semoga ia diberkati semua,
Dengan doa yang ikhlas; dan tulus.

Doa yang hanya ku mampu,
Yang Satu lebih memahami,
Semoga kita akan bersatu,
Pagi Jumaat; cinta bersemi.


Mohammad Akmal sayang,
Aku cinta kamu.
Cinta sampai matinya aku.
Semoga ada jodoh kita sayangku.

Amiin.


n.y.z.a.z.
16th December 2011
5:02pm


No comments: